Seperti yang semua sedia tahu, nama Bella Astillah kembali menjadi bualan netizen Malaysia sejak kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine kembali mendedahkan isu berkaitan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.
Netizen beri sokongan
Susulan tularnya kontroversi ini, rata-rata netizen mula membanjiri media sosial milik aktres tersebut dan ada juga meninggalkan kata-kata semangat serta sokongan kepadanya.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang mendoakan agar ibu kepada dua cahaya mata ini diberikan kekuatan dalam mengharungi dugaan rumah tangga.
Circle Bella sangat toksik ya, Allahuakbar, suami, kawan baik, kawan artis, family. Macam mana la dia masih boleh kuat macam ni.
Tak sangka ramai artis muka talam. Hati-hati Bella, menyirap je baca. Tak apa, orang gelak-gelak, mainkan Bella, Allah ada. Sedih sangat baca chat tu.
View this post on Instagram
Terdahulu, Sarah tampil mendedahkan dirinya sudah menjalinkan hubungan dengan Aliff sejak Januari lalu. Dia juga telah mendedahkan Ruhainies merupakan dalang kepada keruntuhan rumah tangga aktres tersebut.
Setelah itu, semalam, Sarah sekali lagi memuat naik chat Aliff bersama Ruhainies yang didakwa melibatkan nama-nama artis lain seperti Emma dan Chacha Maembong serta Caprice.
Tak lama kemudian, ketiga-tiga artis berkenaan tampil memberi kenyataan mengulas hal tersebut dan menafikan ada sebarang kaitan atau niat untuk menjatuhkan Bella.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata.