Tak Sampai 24 Jam Mencari, Shuib Akan Bersemuka Dengan Pemfitnah Freemason Hari Ini

Hiburan

Tak Sampai 24 Jam Mencari, Shuib Akan Bersemuka Dengan Pemfitnah Freemason Hari Ini

Usahawan dan pelawak, Shuib mendedahkan bahawa dia telah berjaya mengesan siapakah individu di sebalik akaun Facebook yang telah memfitnah dirinya dan arwah isteri, Allahyarhamah Siti Sarah.

Ujarnya, dia akan bertemu dengan individu itu pada hari ini dan akan mendedahkan perincian perjumpaan yang turut disertai peguamnya selepas segalanya selesai.

Advertisement

Ya, saya sudah mengesan serta bercakap dengan lelaki terbabit dan kami akan bersemuka esok (hari ini).

Buat masa ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Tunggu.

Semalam, Shuib ada menghebahkan mengenai misi pencarian seorang individu yang telah memfitnah arwah Siti Sarah di mana dia mendakwa penyanyi itu terpaksa ditidurkan kerana Shuib merupakan salah seorang ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai ‘F’.

Dalam hantaran yang dimuat naik individu itu, dia mendakwa Shuib bertanggungjawab mempromosikan vaksin dan tidak boleh mengingkari arahan organisasi tersebut meskipun terpaksa mengorbankan ahli keluarga sendiri.

Shuib juga mendedahkan bahawa dia telah menjumpai satu lagi akaun yang turut menyebarkan tuduhan yang sama di mana kononnya pemergian arwah juga mempunyai kaitan dengan organisasi tersebut.

Shuib ahli freemason?
1 year ago

"Semua Tahu Arwah Siti Sarah Dipaksa Untuk.." - Dituduh Ahli 'F' Konspirasi Vaksin, Shuib Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...