“Semua Tahu Arwah Siti Sarah Dipaksa Untuk..” – Dituduh Ahli ‘F’ Konspirasi Vaksin, Shuib Ambil Tindakan Undang-Undang

Trending

“Semua Tahu Arwah Siti Sarah Dipaksa Untuk..” – Dituduh Ahli ‘F’ Konspirasi Vaksin, Shuib Ambil Tindakan Undang-Undang

Tular di media sosial mengenai seorang individu yang mengeluarkan kenyataan kontroversi membabitkan Shuib dan isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

Tulis individu itu, dia mendakwa Shuib adalah salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason.

Advertisement

Malah dia juga mengaitkan kematian Allahyarham Siti Sarah dengan agenda vaksin COVID-19 sehingga terpaksa ditidurkan dan kemudiannya meninggal dunia.

Shuib ahli Freemason

Tak sangka eh bekas mat kilang ni ‘ahli F’ jugak. Pasal arwah SS tu pun kita memang tau dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ni nak…

..buktikan pada ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaksin kau berisiko tinggi untuk mati.

Tulis individu itu, lagi, organisasi ‘F’ itu telah menggunakan artis di bawah mereka untuk mempromosikan vaksin dan Shuib tidak boleh mengingkari arahan organisasi tersebut meskipun ahli keluarga sendiri terpaksa menjadi korban.

Maklum mengenai dakwaan itu, Shuib yang ditemui media berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau apatah lagi melibatkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah.

Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.

Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya.

Terdahulu, individu berkenaan telah mengeluarkan kenyataan tersebut setelah satu foto pasangan itu kononnya memberi makna tersendiri mewakili organisasi rahsia itu.

Dalam foto tersebut, Watie menutup mata kiri Shuib manakala Watie menutup mata kanannya sendiri. Difahamkan foto tersebut adalah satu iklan promosi untuk sebuah kedai barang kemas.

Shuib Jep
10 months ago

"Bagus Tak Ada Pusing Cerita" - Jep Sepahtu Jawab Spekulasi Dia Tidak Hadir Ke Majlis Kahwin Shuib Dan Watie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...