“Tak Salah Nyanyi, Tapi Suara Dato’ Ganggu Syaitan Yang Diikat Pada Bulan Ramadan” – Wak Doyok Perli Aliff Syukri?

Hiburan

“Tak Salah Nyanyi, Tapi Suara Dato’ Ganggu Syaitan Yang Diikat Pada Bulan Ramadan” – Wak Doyok Perli Aliff Syukri?

Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kesal terhadap beberapa netizen kerana mengecamnya serta tidak tahu menilai bakat nyanyian yang dimiliki.

Melalui hantaran yang di muat naik dalam Instagram, Aliff menegaskan bahawa dia mempunyai suara unik seperti penyanyi legend Hollywood iaitu Michael Jackson dan netizen perlu akur bahawa dia merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia.

Advertisement

Perkongsiaan tersebut telah mendapat perhatian daripada selebriti, Wak Doyok yang berkata pelancaran lagu raya baru itu sama sekali tidak salah.

Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor meluahkan rasa bimbang tetapi dalam nada perli jika usahawan tersebut tetap mahu bernyanyi, dia bakal menganggu syaitan yang diikat pada bulan Ramadan.

komen wak doyok

Dalam pada masa yang sama, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberi komen bahawa mereka tidaklah menganggap suara usahawan tersebut teruk tetapi Aliff hanya perlu menjaga adab yang ada dalam kandungan muzik video tersebut.

komen netizen

komen netizen

Netizen turut berharap agar Aliff dapat menghormati bulan Ramadan yang mulia ini daripada melakukan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah buat diri sendiri serta masyarakat.

1 year ago

"Dia Memang Tak Berbakat, Suara Tak Sedap" - Ibu Akui Dah 'Kebal' Dengan Perangai Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...