“Dia Memang Tak Berbakat, Suara Tak Sedap” – Ibu Akui Dah ‘Kebal’ Dengan Perangai Aliff Syukri

Hiburan

“Dia Memang Tak Berbakat, Suara Tak Sedap” – Ibu Akui Dah ‘Kebal’ Dengan Perangai Aliff Syukri

Ibu kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim memberi respon selepas anaknya sekali lagi melancarkan lagu raya yang mengundang kontroversi.

Menurut Rozita, setiap kali hari perayaan menjelma, anaknya itu pasti akan melancarkan lagu Raya dan mereka sekeluarga seakan-akan sudah lali dengan perangai Aliff.

Advertisement

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui anak lelakinya itu sememangnya tidak mempunyai bakat namun mempunyai keyakinan diri yang lebih mengalahkan artis berbakat.

Kami pun dah kebal dengan perangai dia. Dia memang tak berbakat pun, suara dia memang tak sedap.

Tapi sebab dia ada keyakinan diri tu, dia dapat dekat mana tak tahu. Boleh mengalahkan artis yang betul-betul berbakat.

Dalam pada itu, Rozita memaklumkan dia sudah memarahi anak lelakinya itu dan memohon maaf kepada netizen sebagai wakil pihak Aliff.

Jangan ingat saya tak marah dia ya, saya marah. Kami faham, orang luar tak faham. Maafkan anak saya netizen.

Terdahulu, usahawan berusia 35 tahun itu telah melancarkan teaser lagu raya berjudul Cak Cun Cak Raya namun mendapat kecaman daripada netizen gara-gara baju yang dipakai agak ketat sehingga menampakan bentuk tubuh badan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lagu raya aliff syukri
1 year ago

"Baju Tu Tak Seksi & Tak Bogel" - Aliff Syukri Anggap MV Lagu Raya Tiada Isu, Hanya Sekadar Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...