Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa kesal terhadap beberapa netizen kerana mengecamnya serta tidak tahu menilai bakat nyanyian yang dimiliki.
Melalui hantaran yang di muat naik dalam Instagram, Aliff menegaskan bahawa dia mempunyai suara unik seperti penyanyi legend Hollywood iaitu Michael Jackson dan netizen perlu akur bahawa dia merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia.
View this post on Instagram
Perkongsiaan tersebut telah mendapat perhatian daripada selebriti, Wak Doyok yang berkata pelancaran lagu raya baru itu sama sekali tidak salah.
Bagaimanapun, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor meluahkan rasa bimbang tetapi dalam nada perli jika usahawan tersebut tetap mahu bernyanyi, dia bakal menganggu syaitan yang diikat pada bulan Ramadan.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memberi komen bahawa mereka tidaklah menganggap suara usahawan tersebut teruk tetapi Aliff hanya perlu menjaga adab yang ada dalam kandungan muzik video tersebut.
Netizen turut berharap agar Aliff dapat menghormati bulan Ramadan yang mulia ini daripada melakukan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah buat diri sendiri serta masyarakat.