Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik, Elfira Loy Syukur Ramai Dah Lengkap Vaksin

Hiburan

Tak Risau Hamil Sewaktu Pandemik, Elfira Loy Syukur Ramai Dah Lengkap Vaksin

Pelakon dan juga usahawan, Elfira Loy berkata bahawa dia kini tidak berasa risau melewati saat kehamilan meskipun berdepan dengan cabaran pandemik kini.

Elfira Loy
3 years ago

Bercuti Tapi Tak Suka Bersesak Di Tempat Awam, Elfira Loy Undang Kritikan Netizen

Advertisement

Ia memandangkan sudah ramai rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin di samping hanya mahu berfikiran positif sepanjang proses kehamilan anak keduanya itu.

Selain itu, Elfira juga mengharapkan doa daripada peminat agar urusannya dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Sebenarnya saya dan suami dha rancang (kehamilan) awal lagi tapi tiba-tiba pandemik, sekarang alhamdulillah ada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

El tahu El pregnant tu lepas semua orang dah vaksin jadi rasa lega la sebenarnya. Mula-mula tu terfikir juga ada orang cakap bahaya pregnant waktu pandemik dan sebagainya tapi kehamilan ni bukan semua orang senang nak jadi bila dah ada ni, kita positif dan fikir yang baik-baik sahaja.

Dia yang ditemui ketika majlis pelancaran butik dUck milik usahawan Vivy Yusof di Bangsar Village, Kuala Lumpur, minggu lalu.

Dalam pada itu, Elfira ada meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan untuk kehamilannya kali ini namun tidak mahu terlalu berharap dan hanya ingin anak dalam kandungan sihat walafiat.

Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhamad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada Oktober tahun yang sama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...