Pelakon Elfira Loy semalam baru sahaja mengumumkan sebuah berita gembira di mana dia kini sedang hamil anak kedua.
Dalam sebuah hantaran lain, Elfira turut mengemas kini laman sosial Instagram yang memaparkan dia ada berkunjung ke sebuah pusat tarikan di ibu kota bersama keluarga.
Namun, ujar Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia terpaksa beratur lama sehingga dua hingga tiga jam meskipun sudah membeli tiket.
Dia juga turut meluahkan rasa kasihan melihatkan pengunjung lain yang terpaksa ‘bersidai’ di kawasan tempat pelancongan itu bersama-sama dengan dirinya.
Namun begitu, keluh-kesah Elfira Loy itu nampaknya mengundang kritikan dan respon yang pelbagai daripada netizen.
Menerusi sebuah forum hiburan, ramai tampil mempersoalkan tindakan Elfira yang ‘mencari nahas’ kerana pergi ke lokasi tumpuan berkenaan pada waktu cuti umum dan dalam keadaan sedang sarat hamil.
“Dah tau time cuti kau gigih juga nak pergi buat apa? Dah tu bising.” tulis pengguna forum hiburan tersebut.
Sementara itu, ada juga pengguna media sosial mencadangkan agar pelakon itu berkunjung ke tempat-tempat tumpuan pelancong pada hari bekerja kerana keadaan kurang sesak dengan orang ramai berbanding pada hari minggu.
“Semalam public holiday, memang semua tempat full. Aku ke Setia City masuk Parkson beli baju anak dengan belt suami aku terus balik.” ujar seorang netizen.
Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
PURA2
October 22, 2021 at 2:17 pm
klu dia baca cnfom dia meroyan gila fkir dia bnyk peminat rupanya bnyk haterssss… ksian hidup ko!
Anonymous
October 22, 2021 at 11:00 am
media bleh stop buat liputan psl dia ni
lama dah dia x relevan dlm industri
Timah Whiskey
October 22, 2021 at 9:39 am
Pls go n learn proper English .