Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asyraff Mohd Fauzi yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang rakan yang seolah-olah tidak menghormati sensitiviti orang lain.
Difahamkan, Asyraf baru sahaja kehilangan adiknya, Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi yang meninggal dunia dan mereka sekeluarga masih belum mendapatkan apa-apa maklumat tentang keputusan kematian dan masih menunggu panggilan dari pihak Hospital.
Menerusi hantaran tersebut, pemuda itu turut berkongsi tangkap layar melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan perbualan bersama seorang rakan ahli keluarga.
Namun, apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah apabila rakan itu selamba meminta surat kematian daripada keluarga arwah dengan tujuan memberi alasan untuk tidak pulang ke kolej kerana ada hal mustahak.
Kalau kau emergancy, kenapa nak pakai surat mati orang lain. Otak letak mana? Kau tak reti hormat orang baru meninggal ke? Kau ingat ni Klinik amik MC ke?
Dalam pada itu, Asyraff menjelaskan bahawa tujuan dia membuat hantaran itu adalah untuk kesedaran dan peringat orang ramai dan bukannya berniat untuk memalukan atau menghina mana-mana pihak.
Saya sebagai abang arwah, bukan apa, saya rasa terkilan. Cuba tanya khabar dahulu dengan cara yang betul. Cara yang salah boleh menyingung perasaan orang lain. Lagi-lagi soal kematian.
Malah, pemuda itu turut berharap orang ramai untuk menghentikan kecaman kerana tujuan utamanya adalah memberi peringatan kepada semua untuk tidak menormalkan perkara sensitif seperti ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.