(VIDEO) Alasan Rindu Anak, Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting?

Kehidupan

(VIDEO) Alasan Rindu Anak, Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting?

Tular di media sosial TikTok dan Twitter semalam apabila seorang individu tampil menceritakan satu pengalaman ngeri di mana anak kepada salah seorang pekerjanya cuba diculik oleh dua orang wanita asing.

Kata Alfitry yang dihubungi mStar, dia bersama-sama stafnya berjumlah lima orang dewasa dan tiga kanak-kanak telah berkunjung ke Taman Tema Genting Highlands bagi tujuan bercuti dan menyambut hari lahir ibu mangsa yang bernama Eykin.

Advertisement

Ketika kejadian, Eykin dan tiga anaknya enggan bermain roller coaster kerana takut mabuk dan duduk di bahagian luar kawasan permainan untuk menjaga barang-barang peribadi sementara yang lain pergi bermain.

Walau bagaimanapun ketika Alfitry sedang beratur untuk menaiki permainan itu, dia ternampak Eykin dikerumuni oleh dua wanita warga asing.

Berdasarkan perkongsian Eykin, Alfitry berkata wanita warga asing itu mengibas-ngibas baju di bahagian dalam yang berwarna hitam sambil menarik anak perempuan Eykin yang berusia 3 tahun.

Pelik, Eykin pun tanya kenapa tarik anaknya secara kasar, kemudian seorang lagi wanita warga Indonesia bersamanya maklum kata perempuan Pakistan itu suka budak dan lebih 12 tahun tak jumpa anak dan suami.

Kedua-dua wanita itu dilihat masih lagi memerhatikan Eykin dan anak-anaknya sebelum polis datang dan dibawa ke bilik kawalan untuk disoal-siasat namun malangnya tiada siapa yang mengaku.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa cuak dan bersyukur kerana tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan anak dan sebagaiya.

twitter

Kata netizen lagi, peristiwa seperti itu yang menggunakan modus operandi yang sama dilaporkan pernah berlaku sebelum ini di Taman Tema tersebut.

“Dulu pun ada viral pasal ni. Hidup lagi mereka ni, patut polis tangkap.” komen seorang netizen.

Difahamkan, kes tersebut kini dalam siasatan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bayi meninggal minta baju
3 bulan lalu

"Selamba Badak Meminta.." - Anak Orang Baru Meninggal, Wanita Mesej Minta Baju Terpakai Buat Netizen Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...