Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Reti Beza Dunia Sebenar Dan Lakonan..” Wani Kayrie Tak Layan DM Anak Mukhriz

Wani kayrie

Pelakon dan juga penyanyi, Wani Kayrie memberitahu bahawa dia ada menerima kiriman mesej peribadi daripada anak kepada ahli politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Ally Mukhriz di Instagram berikutan isu ‘black face’.

Advertisement

Ujar Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah,21, dia memilih untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut kerana enggan mengeruhkan keadaan.

 

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E ? (@wanikayrie)

Perkara tersebut berbangkit susulan daripada lakonan Wani dalam drama Dayang Senandung yang menampilkan dia berkeadaan kulit hitam dan dibuli.

Advertisement

“Saya tak kenal dia pun dan tak pernah langsung balas direct message dia. Tahun lepas dia ada kecam juga. Tapi saya malas nak layan sebab tak nak berbalah dengan orang yang tak nak terima pandangan orang lain. Rata-rata orang yang mulakan kecaman ini adalah individu yang pernah kecam tahun lepas masa kami masih dalam penggambaran drama Dayang Senandung.”

Dia yang sebelum ini dikritik kerana didakwa tidak sensitif dengan isu warna kulit di mana pada waktu itu kecoh dengan kempen gerakan Black Lives Matter yang melibatkan kaum kulit hitam.

Ujarnya lagi, dia berasa geram dengan sikap individu yang tidak dapat membezakan antara dunia lakonan dan realiti.

Ally Mukhriz IGSumber : Astro Gempak  

“Saya geram juga tapi saya sabar selagi mampu. Yang saya tahu, drama ini mengandungi banyak nilai murni di sebalik kejahatan orang yang melemparkan kejahatan terhadap Dayang Senandung.” ujarnya lagi.

Terdahulu, Ally Mukhriz meluahkan rasa tidak puas hati melalui Instagram Storynya yang merujuk kepada lakonan Wani dalam drama Dayang Senandung.

Sehingga artikel ini ditulis, Ally masih lagi mengutarakan perasaan tidak puas hatinya terhadap isu ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    July 19, 2021 at 3:46 pm

    dia ni mesti x tengok citer dayang senandung seniwati Sarimah ni..

  2. Anonymous

    July 18, 2021 at 8:02 pm

    seriously, those Malay people yang nak bash tak belajar sejarah perfileman ke? Dayang Senandong ditayangkan pada tahun 1965. Setiap culture ada cerita dongeng masing2, dan ini adalah salah satu cerita dogeng kita. kenapa nak bunuh cerita dongeng kita yang makin banyak dah pupus for other’s culture ni? If we can respect other’s culture, they have to respect ours too.

    • brunes

      July 18, 2021 at 8:36 pm

      ko gila kah apu, dayang senandung is not as black she is just dark.. and no aku tidak belajar sejarah perfileman we aint got no time for that. listen to yourself dayang senandung is dongeng, this cultural misappropriation is a real thing happening to real people and these real people actually died fighting untuk hidup hari demi hari hanya kerana mereka berkulit hitam. memang ko komen pakai bulu hidung kan, kerana komen kau mcm tidak pakai otak. as i said pls do your research hokey its free on the internet

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top