Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sudah Bertahun Tapi Tiada Perubahan..” Wani Kayrie Sedih Dah Dua Tahun Tak Balik Kampung

Penyanyi Wani Kayrie meluahkan perasaan sedih dan keliru dengan keputusan kerajaan yang tidak membenarkan rakyatnya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Kata Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, dia juga tidak dapat membayangkan kesedihan mereka di luar sana yang tidak dapat pulang berjumpa ibu bapa dan keluarga akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak daripada tahun lalu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E (@wanikayrie)

Dia juga menganggap Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) yang diadakan pada tahun lalu merupakan punca kepada peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan pada hari ini.

Wani Kayrie IG StorySumber : Instagram Wani Kayrie  

“Sejujurnya saya sangat keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Sudah setahun setengah dan tiada perubahan. Dua tahun tak dapat balik kampun pun sedih apatah lagi semua individu yang tak jumpa keluarga langsung..”

Perkara tersebut diluahkan penyanyi lagu Aksara Cinta itu menerusi akaun Instagram miliknya untuk perkongsikan bersama peminat dan pengikut media sosial.

Dalam pada itu, Wani juga sempat meluahkan rasa kerinduan untuk berkumpul bersama keluarga dan juga menyambut perayaan Aidilfitri di Sandakan, Sabah.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRI?E (@wanikayrie)

“Saya hanya rindu untuk berkumpul dengan keluarga di Sabah. Kalau tak COVID, setiap tahun gigih beli tiket mahal-mahal asalkan dapat beraya di Sandakan. Siap beli setahun awal tau. Bila la lagi kan..” tulisnya lagi.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perjalanan rentas negeri hanya dibenarkan untuk negeri di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) menerusi konsep gelembung perjalanan hijau.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama