“Tak Relax Betul Bet*na Sorang Ni” – Dikritik Bingit Masa Jadi Hos, Janna Nick Teruk Dikecam Netizen

Hiburan

“Tak Relax Betul Bet*na Sorang Ni” – Dikritik Bingit Masa Jadi Hos, Janna Nick Teruk Dikecam Netizen

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick baru-baru ini dikritik netizen apabila dia dituduh meniru cara pengacaraan Elly Mazlein dalam sebuah program realiti yang dikendalikan.

Menjawab kepada kritikan tersebut, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu bahawa cara pengacaraan itu adalah permintaan penerbit.

Advertisement

Saya tak ‘try hard’, tapi ini adalah permintaan penerbit. Bukan untuk saya jadi seperti Kak Lina Pom Pom, tidak…

…Saya tak buat kajian pun cara Kak Lina mengacara. Jika betul-betul nak jadi dia, saya memang tiru ‘sebijik’ apa yang Kak Lina buat.”

Dalam pada itu, Janna juga mengakui kesilapannya apabila dia disifatkan bingit ketika mengacara program realiti tersebut.

Bingit itu saya memang akui, kesilapan saya. Pada awal acara, mikrofon saya mengalami masalah. Saya tak dapat mendengar suara saya, jadi ketika itu saya anggap orang tak dengar, saya anggap di kaca TV pun tak dengar, jadi saya bercakap dengan lebih kuat bila saya ingat orang tak dengar…

…Bila dah tukar mikrofon, baru semuanya baik semula. Apabila saya melihat komen orang lain, baru saya sedar lontaran suara kuat dan selepas itu saya perlahankan suara saya.”

@xtra_my

Netizen cakap Janna Nick bingit mengacarakan FamiliDuoTV3. Pastu ada cakap Janna nak tiru Kak Lina. Ye ke gais? #FamiliDuo #xtramy #xtratonton #tontonxtra #JannaNick #FYP #sembangentertainment

? original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, nama Janna Nick menjadi bualan warganet apabila dia dituduh melakukan gimik tentang pengakhiran hubungannya bersama teman lelaki, Dini Schatzmann.

Janna Nick
2 years ago

"Orang Tak 'Validate' Perasaan Saya" - Dituduh Buat Gimik Terlebih, Janna Nick Jawab Dakwaan Putus Cinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...