“Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya” – Dituduh Buat Gimik Terlebih, Janna Nick Jawab Dakwaan Putus Cinta

Hiburan

“Orang Tak ‘Validate’ Perasaan Saya” – Dituduh Buat Gimik Terlebih, Janna Nick Jawab Dakwaan Putus Cinta

Penyanyi dan pelakon, Janna Nick tampil memberi penjelasan setelah dirinya dihentam hebat setelah didakwa membuat gimik putus cinta bersama kekasih hatinya, Dini Schatzmann.

Sementelah itu, Janna kemudian muncul dengan lagu terbaru berjudul Mentari Setia hasil ciptaannya bersama Ippo Hafiz.

Advertisement

Ujar Janna yang ditemui Melodi TV3, dia mendiamkan diri selama sebulan bertujuan untuk menenangkan diri dan memberi masa untuk sendiri.

Kalau tanya saya sekarang, betul ke dah putus cinta, jawapan saya ‘no comment’. Dengarlah lagu saya, itulah luahan hati saya. Muzik video itu adalah cerita yang sebenar.

Kata Janna, dia mempunyai alasan tersendiri apabila ramai netizen menuduhnya menggunakan publisiti putus cinta untuk mempromosikan lagu Mentari Setia itu.

Sebagai seorang yang melalui fasa breakdown, terluka, sedih, kecewa, itu adalah luahan hati saya.

Kalau orang nak katakan gimik, maknanya orang tak ‘validate’ perasaan saya. Saya berhak untuk kecewa dan sedih.

Perkembangan lain, Janna bakal muncul bersama Sean Leen dalam program Famili Duo yang bersiaran mulai 18 Disember 2022 ini di TV3.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
1 year ago

(VIDEO) "Dah Kahwin Ke?" - Sakan Berpeluk Dengan Lelaki Di TikTok, Netizen Persoal Status Zarina Anjoulie Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...