Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Rasa Kekurangan Tanpa Teman Hidup, Hafiz Hamidun Ingin Fokus Amal Kebajikan

Hafiz Hamidun

Penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia langsung tidak berasa kekurangan meskipun tidak mempunyai pasangan hidup sepanjang 37 tahun hidup sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Advertisement

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang dan hanya fokus kepada kerjaya seninya kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun)

Tambahnya lagi, sudah banyak perkara yang diimpikan tercapai dengan izin Allah dan dia juga tidak mahu menjadikan ketiadaan teman hidup sebagai satu kekurangan.

Kata Hafiz, selain kerjaya, dia juga ingin menumpukan perhatian kepada anak angkat serta ibu bapanya.

Advertisement

Saya belum ada plan lagi nak berkeluarga sebab fokus dengan family sendiri dengan anak. Saya ada ibu bapa yang semakin berusia..dulu saya tak banyak luangkan masa dengan mak saya, sibuk belajar dan kerja.

Hafiz dalam pada itu mendedahkan bahawa dia ada merancang untuk bersara ketika usianya memasuki 40 tahun nanti dan ingin banyak melakukan ibadah dan membantu orang ramai.

Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun bercerai setelah lima bulan mendirikan rumah tangga.

Dia juga telah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Hamdee Abdul Hafiz sekitar Mac tahun lalu.

angan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top