Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Pakailah Elok-Elok Untuk Ambil Vaksin..” – Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun

Komposer dan juga penyanyi, Hafiz Hamidun tampil memberi nasihat kepada orang ramai agar berpakaian senonoh dan bersesuaian ketika pergi mendapatkan suntikan vaksin.

Advertisement

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun berkata, orang ramai tidak perlu untuk memakai pakaian yang pelik dan menjadikannya sebagai satu gimik.

Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu apa semua. Saya tak tahu adakah ia strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama jadi ngeri pulak.

Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa individu tampil dengan gaya yang pelbagai ketika mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Advertisement

Vaksin PPVSumber : Google  

Antara gaya yang mencuri perhatian adalah seperti Batman, Spider-Man, Predator, Joker, watak Valak dalam filem The Conjuring serta pelbagai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. sherrymerry

    August 20, 2021 at 12:36 pm

    Bior lah..janji diorng nak amik vaksin…life is too hard skrng ni.dh berapa lama terkurung.ni dpt kluar gi amik vaksin, mcm2 gaya fesyen ade…

  2. Anonymous

    August 18, 2021 at 4:42 pm

    MOGAH IS REAL

  3. Anonymousjugak

    August 18, 2021 at 3:07 pm

    Haha…biarlah budak2 kita yg dah bukan umur remaja ni tgok je lah…asal tak berbogel buat tak senonoh sudah. Life is already so hard now, take it easy.

  4. Kak Limah

    August 18, 2021 at 12:58 pm

    Tak pe lah sekurang-kurangnya terhibur front liner. Tidaklah stress hari2. Dah lah kerja tempat depress. Ada jugak baiknya. Aku sokongg..janji tak sentuh mana2 sensitip.

  5. Anonymous

    August 18, 2021 at 12:05 pm

    minta maaf lah, bukan nak kata la, aku tengok, org melayu ramai yang buat macam nie. Tempoh hari kt tempat aku ada pakai doreamon, mak lampir (Melayu-berdasarkan nama yg dipanggil oleh petugas utk temujanji). Apa sebenarnya yang dicari?.. aku setuju dengan Hafiz hamidon. Tak payah nk pakai yg pelik2. Pakai yg normal org pakai, apa masalahnya?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top