Diet ini adalah satu topik yang takkan habis kalau nak diceritakan dan juga antara salah satu daripada azam tahun baru yang tak pernah tercapai pun. HAHA!
Of course setiap orang yang berjaya turunkan berat badan ada cara diet mereka tersendiri dan rata-ratanya mengikut teknik yang berbeza contohnya seperti Atkins, Intermittent Fastings dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sudah tentulah teknik yang mudah dan senang untuk orang ramai follow bagi menurunkan berat badan menjadi pilihan.
Perkongsian seorang wanita bernama Mied Majid sekitar 2019 tentang journey menurunkan berat badannya meraih perhatian ramai di mana dia mendedahkan berjaya hilang enam kilogram dalam tempoh seminggu.
Cerita Mied di Facebook, selain disiplin dia juga berjaya turun berat badan selepas mengamalkan satu teknik diet ini yang jarang didengar, dipanggil General Motor atau GM Diet.
Apa itu GM Diet?
GM Diet pertama kali diasaskan untuk pegawai di perusahaan General Motors di Amerika Syarikat dan merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center di mana ia terbukti meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran pekerja.
Sepanjang tempoh seminggu itu, anda perlulah disiplin untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari. Berikut adalah teknik GM Diet dikongsikan oleh Mied:
Hari Pertama
Anda hanya boleh makan buah-buahan sahaja tidak kiralah banyak mana kecuali pisang. Selain itu, juga digalakkan untuk memperbanyakkan pengambilan buah tembikai.
Hari Kedua
Jika hari pertama hanya makan buah, hari kedua pula anda hanya boleh makan sayur-sayuran sahaja. Tidak kiralah sayur tersebut dimasak bagaimana sama ada ditumis, dibuat sup atau rebus pun boleh.
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, makanlah sayuran (kecuali kentang) dan buah buahan (kecuali pisang).
Hari Keempat
Selepas tiga hari, anda perlu makan lapan biji pisang dan tiga hingga empat gelas susu rendah lemak pada hari keempat.
Tidak digalakkan untuk memakan makanan lain dan jika anda ada masalah ‘lactose intolerant’, boleh digantikan dengan susu kacang soya.
Pisang pula boleh digantikan dengan jambu batu, kiwi atau tembikai.
Hari Kelima
Kalau rasa perit, pada hari kelima anda boleh enjoy sedikit dan makan makanan yang mempunyai protein bersama enam biji tomato atau belimbing.
Antara makanan yang boleh dimakan adalah daging lembu, ikan atau ayam tetapi tanpa kulit. Jika anda seorang vegetarian, gantikan daging dengan tempe.
Hari Keenam
Lebih kurang sama seperti hari kelima, anda boleh makan makanan yang ada protein tetapi bersama sayur-sayuran yang lain.
Hari Ketujuh
Akhirnya hari ketujuh tiba! Makanlah nasi beras perang bersama sayur-sayuran dan jus buah. Sebagai contoh, satu mangkuk brown rice bersama sayur bayam.
Tidak kisah sayur apa anda mahu makan tetapi bukan kentang. Jus buah jangan lupa, pastikan tanpa gula baru lebih efektif!
Teknik diet ini boleh dilakukan lebih dari sekali dalam sebulan kerana ia tidak menjejaskan pemakanan kita tetapi perlulah ikut dengan betul dan disiplin.
Selepas settle 7 hari GM Diet ini, anda juga boleh sambung diet dengan mengamalkan teknik lain untuk mengekalkan berat badan, antaranya:
- Suku suku separuh
- Eat clean
- Intermittent fasting
Apa lagi, jom kurus 2023!