‘Craving’ Makanan Ringan Masa Diet? Ini Snek ‘Sihat’ Yang Boleh Naikkan Semangat Anda Untuk Kurus!

Kehidupan

‘Craving’ Makanan Ringan Masa Diet? Ini Snek ‘Sihat’ Yang Boleh Naikkan Semangat Anda Untuk Kurus!

Pasti ramai yang hendak memulakan cara hidup yang sihat ataupun diet tapi dalam pada masa yang sama mahukan snek kan?

Selalunya yang kita dapat lihat, kebanyakkan website akan mencadangkan snek diet seperti sayur-sayuran ataupun buah-buahan saja.

Advertisement

Bagaimanapun, kalau anda nak tahu, ada lagi makanan ataupun snek lain yang sedap dimakan untuk individu yang ingin menurunkan berat badan.

1. Bertih jagung sebagai snek

Bertih jagung

Biarpun ramai yang beranggapan bertih jagung ini sebagai makanan ringan, namun ia boleh dijadikan snek ringan kerana bijiran itu penuh dengan serat.

2. Madu

madu

Madu merupakan pemanis yang boleh dimakan dan ia terhasil dari lebah dengan menggunakan nektar dari tumbuhan bunga. Madu mengandungi gula, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan.

3. Mentega kacang

peanut butter

Ramai yang merasakan mentega kacang ini mempunyai lemak yang sangat banyak tetapi ia boleh diambil dengan kuantiti yang sedikit. Kalau anda nak tahu juga, mentega kacang merupakan sumber protein yang tinggi dan bagus untuk sesiapa yang ingin membina otot di badan.

4. Dark chocolate

coklat

Ini pasti mengembirakan banyak pihak yang sedang diet apabila mendapati mereka boleh makan coklat. Tetapi sepotong dark chocolate saja yang boleh diambil untuk orang yang ingin menurunkan berat badan. Jika sepotong dark chocolate dimakan, ia mengandungi flavonoid yang dapat melindungi diri daripada kerosakan sel.

Bagaimanapun, elak untuk ambil terlalu banyak dark chocolate jika anda dalam fasa ingin menurunkan berat badan.

Semoga info ini bermanfaat!

tart nenas tak ada inti
2 years ago

"Asal Jual Macam Ni?" - Wanita Kecewa Beli Tart Nenas Tapi Inti Hilang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...