“Asal Jual Macam Ni?” – Wanita Kecewa Beli Tart Nenas Tapi Inti Hilang

Kehidupan

“Asal Jual Macam Ni?” – Wanita Kecewa Beli Tart Nenas Tapi Inti Hilang

Bila berkaitan dengan makanan, yang sering kita dengar intinya kosong adalah kuih karipap tetapi kali ini kuih raya kegemaran ramai iaitu Tart Nenas juga alami perkara sama.

Di platform TikTok baru-baru ini, seorang pembeli ada meluahkan rasa kecewa apabila mendapati Tart Nenas yang dibeli olehnya tidak mempunyai inti nenas.

Advertisement

Dilihat pada video terbabit juga, hanya ada beberapa biji Tart Nenas saja yang mempunyai inti ditengah-tengah.

Lagi membuatkan wanita itu berasa ‘berat hati’ untuk menerima kuih raya seperti itu kerana harga sebotol Tart Nenas itu berharga RM22.

komen tiktok

Berhubung dengan perkongsiaan yang dibuat oleh pembeli itu, rata-rata netizen meninggalkan komen kecaman terhadap penjual itu dan ada juga berkata, jika tidak ikhlas maka tidak perlu menjualnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) Bengang Sering Dipotong 'Queue', Lelaki Mengamuk Tak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...