Tular sebuah rakaman yang mempamerkan seorang wanita mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada beberapa anggota polis kerana mengeluarkan saman terhadapnya.
Difahamkan, wanita yang dipercayai seorang pempengaruh dan model itu tidak berpuas hati disaman kerana menggunakan telefon ketika memandu serta tidak memakai tali pinggang.
Menerusi rakaman itu, suspek berusia 30-an terbabit bukan sahaja meninggikan suara tetapi juga cuba melakukan provokasi terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, insiden itu berlaku pada petang Isnin di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur dan video tersebut mual tersebar semalam.
Kejadian provokasi tersebut dikatakan berlaku membabitkan dua anggota polis pada Isnin lalu sekitar pukul 3.40 petang. Hal yang berlaku ini dikhuatiri boleh menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).”
Kes kini sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.