‘Influencer’ Wanita Kantoi Ditahan Di Pusat Hiburan, Polis Dapati Ada Yang Positif Dadah

Trending

‘Influencer’ Wanita Kantoi Ditahan Di Pusat Hiburan, Polis Dapati Ada Yang Positif Dadah

Sebuah pusat hiburan di Lebuh Noordin, George Town telah diserbu oleh pihak polis pada Ahad lalu kira-kira pukul 2.15 pagi.

Memetik laporan Kosmo, pihak polis memaklumkan seramai 85 orang pengunjung telah ditahan ketika serbuan dilakukan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, seorang pempengaruh media sosial wanita berusia 20-an turut ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL).

polis

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, seramai 50 lelaki dan 35 wanita tempatan ditahan bagi menjalankan pemeriksaan air kencing.

Dalam operasi tersebut, hasil ujian saringan awal mendapati dua lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 22 tahun hingga 27 tahun positif pelbagai jenis dadah iaitu tetrahydrocannabinol (THC) dan Benzo.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua tangkapan ditahan reman mengikut Seksyen 117 kanun prosedur jenayah selama sehari untuk siasatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hutang
9 months ago

"Whatsapp, DM Kena Palau" - Lelaki Hantar Gambar Bomoh Siam, Peminjam Terus Takut Dan 'Transfer' Hutang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...