Seperti yang diketahui ramai, pelakon Nadi Brian sebelum ini pernah gagal dari mempertahankan rumah tangganya, namun menurut beliau ia tidak menutup pintu hatinya dari bergelar sebagai seorang isteri.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohames Rashidi berkata dia sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik pada tahun hadapan.
Saya tidak pernah menutup pintu hati malah selalu berdoa agar Allah pertemukan saya dengan jodoh yang baik dan mahu hubungan yang berkekalan.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, apabila pihak mStar bertanyakan tentang ciri-ciri seorang lelaki yang dicari, pelakon tersebut berkata paling penting seseorang yang boleh membimbingnya ke jalan Allah.
Saya mahu seseorang yang boleh bawa saya ke jalan Allah dan paling penting boleh serasi dengan saya.
Sekadar info, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, namun bercerai pada 2 April 2021.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.