“Tak Pernah Menunjuk Kekayaan Dia..” – Netizen Terkejut Tengok Kereta Mewah Jep Sepahtu

Hiburan

“Tak Pernah Menunjuk Kekayaan Dia..” – Netizen Terkejut Tengok Kereta Mewah Jep Sepahtu

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh pelawak terkenal, Jep Sepahtu yang memaparkan dirinya tampil dengan imej baru selepas setelah sekian lama berambut panjang.

Menerusi video tersebut, isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti kedengaran begitu teruja ketika menyambut kepulangan suaminya dengan penampilan baru berambut pendek.

Advertisement

Namun, lain pula yang menjadi perhatian netizen apabila rata-ratanya terkejut melihat kereta mewah yang dimiliki oleh Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.

Malah, kenderaan mewah yang dimiliki Jep itu dipercayai bernilai lebih RM500k dan difahamkan apa yang mengejutkan orang ramai adalah kerana pelawak itu langsung tidak pernah menayang kekayaannya.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi, ada yang terhibur melihat gelagat pasangan selebriti itu dan ada juga yang memuji sikap pelawak itu yang sangat merendah diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kemain Pendek Skirt" - Bawa Anak-Anak Ke USS, Scha Ditegur Netizen Sebab Pakai 'Dress' Terlalu Senteng

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok Jep

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...