“Tak Pernah Cemburu” – Aidil Aziz Tak Kisah Fasha Sandha Beraksi ‘Daring’ Dengan Pelakon Lelaki Dalam Drama

Hiburan

“Tak Pernah Cemburu” – Aidil Aziz Tak Kisah Fasha Sandha Beraksi ‘Daring’ Dengan Pelakon Lelaki Dalam Drama

Pelakon berkaliber, Fasha Sandha berkata bahawa dia sudah bersedia untuk dikecam apabila tampil bersama pelakon Zarul Husin dan Afieq Shazwan dalam drama terbaharu berjudul Rampas Cintaku nanti.

Meskipun suami tercinta, pelakon Aidil Aziz turut sama berlakon dalam naskah yang sama, Fasha berkata bahawa sebarang babak-babak yang ditonjolkan dalam drama itu hanyalah memenuhi kehendak pengarah.

Advertisement

Tegasnya lagi, dia tahu batasan dan perlu bersikap profesional meskipun bakal tampil sedikit ‘daring’ dan menggoda.

Saya perlu respect semua pelakon kerana mereka juga ada pasangan sendiri. Ketika di set saya adalah Datin Safieya, tetapi di luar, saya tetap isteri kepada Aidil Aziz.

Tambahnya, dia melihat skrip drama dan melihat satu karakter berbeza dan amat mementingkan pengajaran di sebalik drama ini.

Saya tahu ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas mereka. Saya tidak kisah kerana saya hanya bertugas dan menjayakan watak tersebut atas permintaan naskah.

Manakala bagi Aidil, dia tidak mempunyai masalah apatah lagi berasa cemburu melihat isterinya bergandingan dengan pelakon lain lain kerana faham tuntutan kerja.

Saya tidak ada masalah untuk isteri berlakon dengan hero lain kerana saya juga seorang pelakon, tidak ada rasa cemburu.

Jelas Aidil lagi, hero-hero dalam drama Rampas Cintaku hanya menjadi pasangan Fasha di dalam naskah itu dan selesai penggambaran, wanita itu tetap menjadi isterinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

michael ang
3 bulan lalu

“Kita Telan Je La!” - Isu ‘Rider’ Tak Hantar Makanan Sampai Pintu Rumah, Michael Ang Sekolahkan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    September 14, 2022 at 4:20 pm

    ciri-ciri suami ……. (silakan sambung)

    • Anonymous

      September 14, 2022 at 7:26 pm

      biar dayus, yang penting duit masuk.
      nanti anak boleh jadi model bikini, peluk cium dengan lelaki, ok lah itu bapa moden , retis lagi tentu banyak duit masuk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...