“Kita Telan Je La!” – Isu ‘Rider’ Tak Hantar Makanan Sampai Pintu Rumah, Michael Ang Sekolahkan Netizen

Hiburan

“Kita Telan Je La!” – Isu ‘Rider’ Tak Hantar Makanan Sampai Pintu Rumah, Michael Ang Sekolahkan Netizen

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa kesal dan sakit hati apabila ‘rider’ tidak menghantar makanan yang dipesan sehingga ke pintu rumah sehingga tercetusnya perbalahan antara kedua-duanya.

Video tersebut telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen malah pengarah terkenal, Michael Ang turut tampil memberikan sedikit pendapat mengenai perkara itu.

Advertisement

Kata Michael, tak semua ‘rider’ berkelakuan seperti itu dan dia sangat menghormati para penghantar makanan terutamanya mereka yang bertungkus lumus bekerja ketika hari hujan

I rasa tak semua lah, ada-ada je rider macam tu. Based on my experience 20 kali guna, ada lah satu perangai macam tu.

Dalam pada itu, Michael juga sempat memberi pesanan kepada netizen agar tidak menyamakan setiap orang dalam sesuatu situasi.

Ujarnya, jikalau sesuatu perkara itu tidak mendatangkan kesan dan impak yang buruk dalam hidup, eloklah diabaikan dan hadap sahaja tanpa perlu menghentam sesiapa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersependapat dengan Michael Ang dan berharap agar setiap insan menanam sifat empati dalam diri masing-masing.

Mereka dah mudahkan kita jadi jangan lah kita susahkan mereka pula. Segelintir saja yang mungkin bermasalah tapi kebanyakan ok. – netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusof haslam kata semangat
3 bulan lalu

“Sentiasa Berdiri Teguh Di Sisi..” - Yusof Haslam Tak Putus Beri Kata Semangat, Netizen Anggap Puteri Sarah Beruntung

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    September 14, 2022 at 5:23 pm

    bg aku la tgk kebiasaan. klu rider tempat aku selalunye semua mmg rajen naik anta kt depan rumah. tp penah jgk dpt pengalaman dlm apps kate dah delivered. tp xd pon depan pintu. cari2 jgk xde. rase mcm die dah slh rumah la kn. jd kte call2 xangkat2. skali pg2 tgk rupenye die letak dekat lobi. tp sepatah haram xckp. kot la nk mesej ckp sy tinggal atas meja kt lobi ke. idoknye die habaqq. yg tu mmg nak kena la. klu die habaq mai boleh la kami turun bwh sat amik. xsalah aihhh. yg salah tu hang xpesan pasai paaa. lanun btoi laa. kami bayaq tauuu. bukan xbayaqq. sayanggg ja tgk2 pagi2 basi ataih meja kt lobi nuu.

    kmi xberkira aih. janji btau laa. habis mana kmi nk tau klu hangpa xpesan maiii.

    melainkan kmi note kt situ kami sorang2 ja dgn anak2 mmg susah nk turun byk askar. haa gitu barulah kmi mintak hangpa naikk. apaa laaa.

    kmi xhalal tau yg hat dok tinggai mkanan kmi ataih meja xpesan paa. jumpa sanaaa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...