“Tak Perlu Tamak Haloba” – Didakwa Sering ‘Menempel’ Dekat Artis Popular, Individu Ini Bandingkan Shuhada Dengan Balu Abam Bocey

Hiburan

“Tak Perlu Tamak Haloba” – Didakwa Sering ‘Menempel’ Dekat Artis Popular, Individu Ini Bandingkan Shuhada Dengan Balu Abam Bocey

Tidak dinafikan, populariti bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Shuhada mula melonjak dan dikenali ramai meskipun terpalit sejarah hitam apabila dianiaya suami sendiri.

Tidak berdiam diri lama setelah memfailkan perceraian dengan Hafidz, Shuhada kemudian tampil dengan bisnes menjual biskut yang diberi nama Shelup Shelup Satu Tak Cukup sehingga mendapat perhatian ramai netizen.

Advertisement

Namun, perniagaan Shuhada itu dilihat mendapat kecaman pula gara-gara harga jualan yang terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh golongan B40 dan M40 yang sememangnya menjadi penyokong terbesar wanita itu setelah kisahnya bersama Hafidz menjadi tular di media sosial.

Malah, seorang individu berpendapat bahawa Shuhada tidak perlu menjadi tamak dan pengikut wanita itu tidak perlu menjadi ‘bodoh’ dan ‘menghalalkan’ saja penjualan biskut yang terlalu mahal itu.

Twitter

Individu itu turut membandingkan kisah hidup Shuhada dengan balu Abam Bocey, Nur Hidayah yang sama namun tidak pula terlalu mengejar populariti dan wang ringgit.

Tak pernahlah kita nampak Hidayah menempel pergi majlis-majlis selebriti. Kalau nama dia jadi trending pun sebab keluar cerita tak baik dari mulut Ali Puteh. Tahu-tahu dah mampu beli Vellfire.

Dia juga memuji sikap Hidayah yang tidak menjaja kisah peribadi kepada umum selain menasihati Shuhada agar sentiasa bersama keluarga dan anak-anak, bukannya mendekati ‘founder’ produk yang sentiasa mencari peluang untuk ‘menunggang’ kisah perceraiannya sebagai pelaris jualan.

Ali puteh kesal rumah disita
2 years ago

(VIDEO) "Sebenarnya Adil Sangat.." - Hidayah Dituduh Gila Harta Isu Sita Rumah Ibu Mentua, Ini Penjelasan Bekas Peguam...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...