(VIDEO) “Sebenarnya Adil Sangat..” – Hidayah Dituduh Gila Harta Isu Sita Rumah Ibu Mentua, Ini Penjelasan Bekas Peguam…

Hiburan

(VIDEO) “Sebenarnya Adil Sangat..” – Hidayah Dituduh Gila Harta Isu Sita Rumah Ibu Mentua, Ini Penjelasan Bekas Peguam…

Semalam, pelawak Ali Puteh memaklumkan bahawa dia ada menerima surat mahkamah yang mengarahkan rumah peninggalan Allahyarham ibunya, Sabariah untuk dikenakan tindakan sita.

Belum habis isu bayaran saman fitnah RM60,000 yang perlu dilunaskan kepada balu abangnya, Nur Hidayah, Ali Puteh kemudiannya tampil mempersoalkan tindakan yang dianggap melulu dan drastik itu.

Advertisement

Kata Ali, dia terkejut ketika mendapat berita itu dan menganggap tidak perlu mencampur adukkan harta arwah ibunya dalam permasalahan mereka berdua.

Kes RM60,000 itu antara saya dengan balu arwah abam. Tapi, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak dan dicampur adukkan dalam kes ini?

Malah, Nur Hidayah turut dikecam sesetengah netizen yang merasakan dia ‘gila harta’ gara-gara perintah yang dikeluarkan mahkamah itu.

Namun, seorang bekas peguam yang aktif memberi kesedaran mengenai hal-hal guaman di TikTok tampil memberi penjelasan di sebalik dakwaan Hidayah  ‘gila harta’ dan juga sebab musabab mahkamah mengeluarkan perintah itu.

@reinalum

Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ?? #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang

? original sound – Reina Lum – Reina Lum

Difahamkan, rumah tersebut telah menjadi hak Ali Puteh dan berkait rapat dengan kegagalannya untuk membayar saman fitnah terhadap Hidayah.

Rumah arwah itu akan dianggap sebagai cagaran setelah disita dan Ali juga akan menerima baki selebihnya selepas nilai keseluruhan rumah itu ditolak dengan nilai saman yang perlu dibayar kepada Hidayah.

Jadi, keputusan mahkamah itu boleh dianggap memudahkan dan adil buat Ali dan pelawak itu juga tidak perlu membayar secara ansuran ataupun memohon pinjaman peribadi semata-mata untuk membayar saman.

“Kalau orang tak faham, akan nampak macam Hidayah nak rebut harta arwah mak mentua, tapi itu sebenarnya cara undang-undang bekerja” kata bekas peguam itu lagi.

ali puteh
1 year ago

"Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil" - Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita, Berkait Dengan Saman RM60K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...