Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Perlu Sibuk ‘Cucuk’ Saya – Hanez Suraya

Kasihan sungguh menjadi Hanez Suraya. Minta maaf pun salah, berdiam diri pun salah. Senyap tak cakap apa-apa salah, aktif muat naik gambar kat Instagram pun salah. Senang cakap buat apa-apa pun salah di mata orang ramai. Memang “stress” menjadi insan bernama Hanez Suraya. Itu yang Hanez Suraya kesal apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan permohonan maafnya semalam.

hanez suraya

Advertisement

Malah kewujudan pihak yang sengaja membuat kenyataan seolah-olah mencucuk Hanez agar dapat mensensasikan keadaan turut memburukkan lagi suasana. Kata Hanez menerusi Harian Metro:-

Tak perlulah orang luar sibuk sangat ‘cucuk’ saya untuk mensensasikan keadaan. Cukuplah saya dah minta maaf dan ia datang daripada niat yang ikhlas.

Orang di luar tak perlulah nak tahu siapa tapi ikhlas saya cakap ia tak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang pernah ada kes dengan saya sebelum ini.

Saya mohon maaf kalau ada buat salah dengan mana-mana pihak, tapi kalau orang taknak maafkan, wallahualam. Biarlah saya buat bahagian saya dulu.

hanezBagi Abang Nara, langkah meminta maaf yang dilakukan oleh Hanez Suraya adalah satu langkah terpuji. Tak kiralah lambat ke cepat, yang penting minta maaf. Kepada Hanez, pedulikanlah kata orang. Yang penting kita tahu hati kita ikhlas. Semoga dengan permohonan maaf ikhlas ini, banyak pihak yang akan memaafkan pelakon ini.

P.S: Range Rover Sport 2014 dilancarkan, harga bermula RM860,000

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top