Tidak mahu menjadi mangsa kecaman netizen, aktres jelita Nora Danish akui lebih berhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar atau video di laman sosial. Pelakon ini juga mengatakan dirinya tidak mahu mengambil tahu atau membuka mulut memberi pendapat untuk mana-mana isu ‘hangat’ yang ada kini.
Tambahnya, dia tahu akan statusnya yang dikenali ramai dan mudah berbalik kepada diri sendiri jika memandai-mandai campur tangan dengan cerita artis yang lain. Dirinya tidak mahu anak serta suami juga terkena tempias.
Kalau kena diri sendiri balik baru tahu. Jadi, tak perlu nak sibuk dan baik diam dan cakap bila perlu.
Netizen masa sekarang ni kalau kita buat silap sikit mesti kena kecam.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, pelakon filem aksi popular Polis Evo ini tak lupa juga menunjukkan sokonganya terhadap Palestin seperti rakan artis yang lain. Dia juga kelihatan menyertai majlis agama yang dikendalikan oleh Ustazah Asni Mansor bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat di sana.
Terdahulu, Nora Danish sempat menjadi bualan netizen apabila dikatakan tidak berbaik lagi dengan pelakon Fasha Sandha namun ditepis kenyataan tersebut tak lama selepas itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.