Lepas Hal Neelofa & Fazura, Nora Danish Pula Ditanya Tentang Isu Dengan Fasha Sandha – “Kami Kalau Terjumpa…”

Hiburan

Lepas Hal Neelofa & Fazura, Nora Danish Pula Ditanya Tentang Isu Dengan Fasha Sandha – “Kami Kalau Terjumpa…”

Bukanlah bergaduh tetapi mungkin tidak sebulu apatah lagi kerana mereka pernah mengahwini lelaki yang sama. Namun, pelakon, Nora Danish berkata hubungannya dengan Fasha Sandha, 39, baik-baik sahaja.

Ketika ditanya, aktres berusia 41 tahun itu berkata mereka berdua sudah lama baik dan tiada apa yang perlu dijadikan isu lagi kerana hal sudah lama berlalu.

Advertisement

Sebenarnya, hubungan saya dengan dia memang dah lama okay. Tapi, bila berjumpa, berjumpalah. Tak adalah ‘plan’ sampai nak berjumpa, tapi kalau terjumpa, terserempak, okay Alhamdulillah.

nora

Pada tahun 2017, telah berlaku isu perselisihan faham membabitkan hal peribadi di antara dua aktres jelita itu sehingga tindakan undang-undang diambil.

Bagaimanapun, kedua-duanya sepakat untuk menyelesaikan hal tersebut di luar mahkamah pada 2018 dan sejak itu tiada lagi berita tentang isu tersebut diperkatakan.

Namun, pada Aidilfitri tahun ini, kelibat mereka berdua mencuri perhatian apabila dilihat sama-sama bergambar bersama ketika berkunjung ke rumah bekas keluarga mentua.

nora fasha

Sebelum ini, turut menjadi bualan tentang hubungan dingin di antara Neelofa dan Fazura selepas selebriti berasal dari Kelantan tersebut berkata bahawa dia bersedia untuk berjumpa dengan isteri Fattah Amin itu.

neelofa fazura
6 months ago

“Bukanlah Nak Kata Jadi BFF, Oh Tidak..." - Respon Neelofa Tentang Berjumpa & Berbaik Dengan Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...