“Tak Perlu Minta Maaf..” – Pelawak AS ‘Back Up’ Jocelyn Chia, Anggap Lawaknya Hebat

Kehidupan

“Tak Perlu Minta Maaf..” – Pelawak AS ‘Back Up’ Jocelyn Chia, Anggap Lawaknya Hebat

Sebelum ini, pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia telah menerima kecaman hebat daripada netizen Malaysia gara-gara persembahan stand-up comedy yang dilakukannya di pentas Comedy Cellar, USA.

Menerusi video yang tular, Jocelyn telah mengaitkan negara Malaysia dan kes misteri kehilangan pesawat MH370 di dalam lawak jenakanya.

Advertisement

Susulan itu, ramai pihak yang menggesa pelawak itu untuk membuat permohonan maaf kepada waris mangsa MH370 yang masih terkesan dengan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, seorang pelawak dari Amerika Syarikat dikenali sebagai Chrissie Mayr tampil mempertahankan Jocelyn yang kini dikecam teruk oleh rakyat Malaysia.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Chrissie berkata jenaka yang dibuat oleh rakannya itu adalah lawak yang hebat dan tidak perlu untuk memohon maaf.

Jelasnya lagi, tugas sebagai pelawak bukannya untuk mengelak dari topik yang mencetuskan sensitiviti tetap sebaliknya untuk menjadi kelakar.

Jika anda tidak cukup kuat, jangan pergi ke kelab komedi atau dengar jenaka dalam talian.

Terdahulu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan Jocelyn tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

chia
11 months ago

"Anak Saya Masih Menangis Cari Papa Dia" - Waris Mangsa MH370 Anggap Pelawak Singapura Tiada Empati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...