“Anak Saya Masih Menangis Cari Papa Dia” – Waris Mangsa MH370 Anggap Pelawak Singapura Tiada Empati

Kehidupan

“Anak Saya Masih Menangis Cari Papa Dia” – Waris Mangsa MH370 Anggap Pelawak Singapura Tiada Empati

Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia yang membuat persembahan stand-up comedy di pentas Comedy Cellar di USA.

Menerusi video tersebut, Chia telah mengaitkan negara Malaysia dan kes misteri kehilangan pesawat MH370 di dalam lawak jenakanya.

Advertisement

Namun, perkongsian video itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutama rakyat Malaysia yang rata-ratanya menganggap pelawak itu telah menghina negara.

Turut terkesan dengan perkara tersebut, waris mangsa MH370 iaitu Intan Maizura Othman memaklumkan bahawa anak lelakinya masih meratapi kehilangan suaminya, Mohd Hazrim Mohamed Hasnan yang merupakan salah seorang kru pesawat.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Intan menyifatkan pelawak itu sebagai seorang yang tidak mempunyai empati dan tidak sensitif kerana menggunakan tragedi tersebut sebagai bahan lawak.

Awak tak kelakar langsung, anak saya masih masih nangis sampai sekarang. Saya yakin keluarga awak pun malu dengan lawak bodoh awak.

@intanmaizuraothaman

#stitch with @ComedyCellarUSA Jocelyn Chia. Leave MH370 out of your humourless depressing gig. You such a disgraceful heinous individual! Not to forget your voice is sooo annoying! I don’t understand how the audiences can stay listening to your bad pitched voice.. #sistanyajer

? original sound – Intan Maizura Othaman ?? – Intan Maizura Othaman ??

Dalam pada itu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan memaklumkan Chia tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jocelyn chia
10 months ago

"Dia Bukan Lagi Warganegara" - Kerajaan Singapura Mohon Maaf, Jocelyn Chia Pula Sudah 'Deactivate' Akaun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...