“Dia Bukan Lagi Warganegara” – Kerajaan Singapura Mohon Maaf, Jocelyn Chia Pula Sudah ‘Deactivate’ Akaun

Trending

“Dia Bukan Lagi Warganegara” – Kerajaan Singapura Mohon Maaf, Jocelyn Chia Pula Sudah ‘Deactivate’ Akaun

Sejak semalam, ramai netizen kita meluahkan rasa marah terhadap pelawak wanita dari Singapura selepas videonya tular di media sosial.

Menerusi video itu, Jocelyn Chia yang membuat stand up comedy telah memperlekeh tentang status Malaysia dan membandingkan dengan Singapura yang kini merupakan first world country.

Advertisement

Lebih teruk lagi, dia dilabel tiada empati kerana membuat lawak jenaka tentang tragedi MH370 ketika membuat persembahan di New York itu.

10 months ago

(VIDEO) "F*ck You, Malaysia" - Hina Negara & MH370, Pelawak Singapura Anggap Netizen Terlalu Serius

Terbaru, kerajaan Singapura telah membuat permohonan maaf  kepada rakyat Malaysia kerana tindakan Jocelyn yang dianggap melampau itu.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sangat terkejut dengan komen yang dibuat oleh wanita itu dan ia tidak mencerminkan pandangan rakyat Singapura yang lain.

Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.”

vanu

Dalam pada itu, ketika ini nama pelawak terbabit sedang hangat menjadi bualan di media sosial di mana ramai netizen menghentam Jocelyn kerana tidak sensitif dan melampaui batas.

Malah, kini dia juga telah menyahaktifkan akaun Instagram dan Twitter dipercayai selepas ramai netizen membuat laporan tentang akaun media sosialnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...