Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh ‘Jelajah Jepun’ Hanya Di Shah Alam Je!

Travel

Tak Perlu Keluar Bajet Mahal-Mahal, Korang Boleh ‘Jelajah Jepun’ Hanya Di Shah Alam Je!

Menjadi idaman setiap orang ramai untuk menjejakkan kaki di Jepun kerana mahu melihat keindahan serta kemajuan negara tersebut.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya kita boleh pergi ke Jepun secara bajet je tau. Nak tahu macam mana caranya? Jom kami tunjuk!

Advertisement

Caranya adalah korang boleh pergi ke Taman Persahabatan Jepun yang terletak di Shah Alam, Selangor! Suasana dan landskap di sana memang ala-ala di negara Jepun.

taman persahabatan jepun shah alam

Ada pelbagai budaya dan landskap di negara Jepun yang boleh kita lihat apabila jalan-jalan di Taman Persahabatan Jepun ni. Antara yang menarik, korang boleh sewa baju tradisi Jepun iaitu Yukata.

taman persahabatan jepun shah alam

Lagi best, kita boleh menikmati permandangan ala-ala di Jepun ni tanpa perlu keluarkan wang dan masih boleh berjimat-cermat. Kalau rasa bajet korang masih belum cukup untuk ke negara Jepun yang sebenar, Taman Persahabatan Jepun ini memang sesuai untuk dikunjungi.

taman persahabatan jepun shah alam

Bahkan, taman ini memang sangat sesuai untuk ibu bapa membawa anak-anak berjalan-jalan di hujung minggu, malah boleh juga rancang bersama rakan-rakan untuk piknik bersama. Menarik kan?

Sekadar info, pembinaan taman yang berkeluasan 2.428 hektar ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada negara Jepun yang sekian lama menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka.

malaysia travel locations and hotspot
2 weeks ago

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia, Pelancong Suka Pantai Cantik & Budaya Tempatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...