Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia, Pelancong Suka Pantai Cantik & Budaya Tempatan

Travel

Malaysia Negara Paling Disayangi Di Asia, Pelancong Suka Pantai Cantik & Budaya Tempatan

Menerusi satu kajian yang dijalankan, Malaysia dilaporkan menduduki tempat pertama dalam senarai 20 negara paling disayangi di benua Asia.

Berdasarkan laman web Insider Monkey, Malaysia meninggalkan negara jiran iaitu Taiwan dan Singapura masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Advertisement

malaysia drone shot overview

Jumlah rating konsisten

Difahamkan, Malaysia berada di kedudukan tertinggi selepas mendapat jumlah rating yang konsisten dengan markah keseluruhan 0.701 manakala Taiwan pula memperoleh sebanyak 0.595 markah.

Malaysia ialah negara paling disayangi di Asia kerana ia berada pada kedudukan tinggi pada semua metrik yang dipertimbangkan dalam penyelidikan kami.

Malaysia juga merupakan negara keenam paling demokratik di dalam benua Asia selain mendapat tempat kelima dalam kategori negara paling banyak dilawati dan mengalu-alukan lebih daripada 10 juta pelancong pada tahun 2022.

20 most loved countries in asia

Pantai cantik, penduduk ramah

Laman web tersebut turut berkata, ramai pelancong luar tertumpu ke negara-negara di Asia Tenggara bukan sekadar untuk mendapatkan pengalaman bercuti di pantai yang menakjubkan tetapi juga kehidupan bandar yang mewah.

Selain itu, mereka juga suka menerokai budaya dan tradisi tempatan sesebuah negara dan ditambah pula dengan penduduk tempatan yang mesra dan ramah dengan pelancong dari luar.

beaches in malaysia

christ church melaka

Markah yang dikira bagi senarai ini telah diperoleh selepas rujukan ke atas lima artikel tentang pelancongan yang pernah diterbitkan iaitu 15 Negara Paling Dihormati Di Asia, 15 Negara Paling Ramah Di Asia, 20 Negara Paling Banyak Dilawati di Asia, 20 Negara Paling Demokratik Di Asia dan 20 Negara Paling Pelbagai Di Asia.

gaji minimum
5 months ago

Percaya Atau Tidak, Malaysia Dapat Top 5 Dalam Senarai Negara Dengan Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...