“Tak Perlu Dengki Dengan Orang” – Anna Jobling Beri Respon Netizen Dah ‘Mual’ Tengok Dia Berlakon Jadi Watak Utama Drama

Hiburan

“Tak Perlu Dengki Dengan Orang” – Anna Jobling Beri Respon Netizen Dah ‘Mual’ Tengok Dia Berlakon Jadi Watak Utama Drama

Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Anna Jobling mengakui dirinya ada menerima kritikan sesetengah pihak gara-gara wajah jelitanya itu sering muncul di layar TV.

Dalam pada masa yang sama, dia juga pernah dikritik tidak pandai berlakon atau dengan kata lain berlakon ‘kayu’ namun Anna menganggap kritikan tersebut sebagai lumrah apabila bergelar anak seni.

Advertisement

Sedar ramai dah ‘mual’

Jelas Anna, dia hanya menjayakan watak utama hanya dua kali sepanjang tahun lalu.

Berkenaan dengan isu asyik muka Anna Jobling, saya keluar TV sekali, dua sahaja sepanjang tahun lalu. Tapi, mungkin ketara sebab saya juga ada keluar menerusi pelbagai iklan.

Minta jangan komen negatif

Menganggap ia sebagai rezeki, Anna tidak pernah mempersoalkannya kerana ia telah ditetapkan Allah S.W.T.

Untuk berjaya dalam kehidupan, kita hanya perlu bergembira dan berbangga dengan kejayaan orang lain. Tak perlu dengki dengan orang. Tak perlu juga memberikan kata-kata atau komen negatif. Itu paling penting.

Bekas pesert Dewi Remaja 2018/2019 ini mula mendapat perhatian setelah membintangi drama Ash & Aish, Melur Untuk Firdaus dan juga Syurga Itu Bukan Mudah.

Dia juga pernah menjadi model untuk jenama seperti Bata, Watsons, Samsung, Darlie dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti sarah iman troye
4 months ago

"Rindu, Rindu Sangat" - Iman Troye Ziarah Pusara Sarah Raisuddin, Terkenang Arwah Sering Ucap Hari Lahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...