“Rindu, Rindu Sangat” – Iman Troye Ziarah Pusara Sarah Raisuddin, Terkenang Arwah Sering Ucap Hari Lahir

Hiburan

“Rindu, Rindu Sangat” – Iman Troye Ziarah Pusara Sarah Raisuddin, Terkenang Arwah Sering Ucap Hari Lahir

Penyanyi Iman Troye baru-baru ini ada berkongsi mengenai aktiviti menziarah pusara penyanyi Siti Sarah di Instagramnya untuk tatapan peminat.

Dalam hantaran tersebut, Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin ada memuat naik foto dan curahan hatinya yang merindukan arwah Siti Sarah ketika hidup.

Advertisement

Tak pernah lupa ucap selamat hari lahir

Tulis Iman, Allahyarhamah tidak pernah lupa untuk mengucapkan selamat ketika hari jadi dan berikutan itu, dia amat merindukan penyanyi itu.

Hari ini (semalam) hari pertama untuk 2024 dan baru-baru ini hari lahir adik, dulu kak Sarah tak pernah terlepas ucapan pada adik. Jadi, adik datang hari ini sebab rindu, rindu sangat.

Penyanyi lagu Nang ini juga memohon doa peminat agar mendoakan serta memberi sedekah Al-Fatihah kepada saudara Islam di Palestin termasuklah mereka yang sudah meninggal dunia.

Sekadar info, penyanyi Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi COVID-19.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengacara laki
4 months ago

"Dalam IG Bukan Main Sayang Bini" - Pengacara Lelaki Kasanova, Sering 'Pasang' Skandal Ketika Isteri Keluar 'Out Station'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...