“Tak Perlu Berlebihan” – Kongsi Cara Mohon Maaf Dengan Betul, Diana Danielle Sindir Farid Kamil?

Hiburan

“Tak Perlu Berlebihan” – Kongsi Cara Mohon Maaf Dengan Betul, Diana Danielle Sindir Farid Kamil?

Pelakon, Diana Danielle telah memuat naik beberapa hantaran memaparkan petikan kata-kata di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkongsi sembilan cara untuk memohon maaf dengan betul.

Advertisement

Malah, petikan tersebut turut menjelaskan mengenai permohonan maaf sebenar yang menandakan seseorang itu tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Bagaimanapun, hantaran tersebut seolah-olah menyindir suaminya, Farid Kamil yang sebelum ini cuba untuk menawarkan beberapa pendamaian kepada pihak isteri.

Difahamkan, tawaran yang mencecah lebih RM300,000 itu dibuat oleh Farid bagi melembutkan hati Diana untuk berdamai dan menyelamatkan rumah tangga.

Bukan itu sahaja, pelakon Lagenda Budak Setan itu turut membeli 6 bentuk cincin baharu bagi menggantikan cincin perkahwinan mereka yang hilang dan sebagai usaha untuk mengambil hati isterinya kembali.

Terdahulu, Diana menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan oleh Farid dan mengatakan dia tidak mahu apa-apa daripada suaminya, sebaliknya hanya mahu dilepaskan dengan baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Hanya Mahu 'Dilepaskan', Diana Danielle Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...