Hanya Mahu ‘Dilepaskan’, Diana Danielle Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil

Hiburan

Hanya Mahu ‘Dilepaskan’, Diana Danielle Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil

Sebelum ini, pelakon dan pengarah, Farid Kamil menawarkan beberapa tawaran kepada isterinya, Diana Danielle bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Antara tawaran yang akan diberikan ialah sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000, dan bayaran balik pakej umrah sebanyak RM44,000.

Advertisement

Bagaimanapun, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan suaminya.

diana

Menurut peguam Syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, aktres berusia 42 tahun itu tidak mahu apa-apa daripada Farid dan cuma mahu dilepaskan secara baik.

Sebaliknya, Diana hanya meminta Farid untuk tidak mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknyan Muhammad dan Nur Aurora selepas mereka bercerai.

Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik.

farid

Sumber: Harian Metro

Dalam pada itu, Akberdin memaklumkan Diana menolak kerana ia merupakan tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.

Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Bukan itu sahaja, peguamnya turut berkata pelakon Imaginur itu membuat terma penyelesaian muktamad bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian.

Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

farid kamil
1 year ago

Demi Lembutkan Hati Diana Danielle, Farid Kamil Buat Tawaran Pendamaian Lebih RM300 Ribu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...