Seperti kita tahu, baru-baru ini tular di media sosial topik berkenaan #DoNotDonateHere yang matlamatnya mengajak orang ramai supaya tidak menderma di tabung bantuan bawah kerajaan.
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun memberi respon berkenaan hal itu dan berkata ianya tidak wajar untuk dilakukan ketika ini memandangkan negara sedang dilanda bencana besar.
Ketika ditemui oleh pihak Astro Awani selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan semalam, Rina Harun berkata sumbangan yang diterima akan dapat disumbangkan semula kepada rakyat.
Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada ‘hashtag’ (tanda pagar) sebegitu. Penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting.
Bertanyakan tentang isu beliau dikecam oleh netizen apabila terdapat satu rakaman video memaparkan dirinya memakai kasut tumit tinggi ketika membuat lawatan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lalu, Rina merasakan penampilannya itu tidak sepatut menjadi satu isu buat netizen.
Katanya, pada hari terbabit beliau turut menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dan segera bergegas menuju ke PPS selepas tamat ucapan dari Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.