“Tak Payah Tergesa-Gesa Nak Buktikan Diri..” – Aaron Aziz Nasihat Artis-Artis Tak Perlu Berkelahi Soal Blockout 2024

Hiburan

“Tak Payah Tergesa-Gesa Nak Buktikan Diri..” – Aaron Aziz Nasihat Artis-Artis Tak Perlu Berkelahi Soal Blockout 2024

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz menasihati para artis untuk tidak berbalah dan memberi komen tentang kempen Blockout 2024 yang sedang tular di media sosial baru-baru ini.

Tak perlu pertahankan diri

Menurut Aaron, meskipun dirinya bangga dengan rakyat Malaysia yang berniat untuk memboikot mereka yang tidak menyokong Palestin, namun dia juga berpendapat para artis tidak perlu rasa harus membuktikan diri kepada netizen.

Advertisement

Untuk artis yang tersalah cakap, saya rasa macam lebih baik jangan masuk campur atau biarlah orang nak cakap apa..

 

Biarlah orang nak cakap buruk tentang kita tak payah tergesa-gesa nak buktikan diri sendiri itu betul kerana pengakhirannya antara awak dan Allah, tak perlu buktikan apa-apa pada manusia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Nasihat untuk artis baru

Sementara itu, pelakon filem Sheriff ini sempat memberi nasihat kepada mereka yang baru menceburi industri seni untuk bersikap terbuka dan menerima kritikan daripada orang ramai untuk perbaiki diri sendiri.

Saya pun kadang-kadang geram kalau ada yang komen bukan-bukan tapi isteri saya selalu ingatkan saya kenapa perlu layan mereka.

 

Saya juga ada nasihatkan kepada artis baru kalau dah masuk dalam bidang seni ini, semua orang nak dipuji tapi kena terima juga bila orang kritik kita, sebab tak semua orang sukakan kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Sekadar info, gerakan Blockout 2024 dimulakan oleh pengguna media sosial bagi menggesa netizen untuk memboikot artis-artis dan pempengaruh yang bekerjasama dengan jenama atau produk yang tidak menyokong Palestin.

7 months ago

“Ini Modus Operandi Rasulullah Ke? Kalau Ini Bukan Sunnah, Pasti Bidaah” - Aqasha Bersuara Pasal Gerakan #Blockout2024

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...