Selepas beberapa artis dikatakan ‘kepanasan’ dengan gerakan #Blockout2024, giliran penyanyi Aqasha pula memberikan respon tentang hal ini.
Menerusi Instagram story, Aqasha mempersoal tindakan netizen memboikot selebriti yang tidak menunjukkan solidariti terhadap Palestin.
Kenapa nak persoal orang taknak tolong?
Katanya, orang ramai tiada hak untuk mempersoal keputusan orang lain dan sekiranya seseorang itu mahu menolong atau tidak.
Kita nak tolong orang, kita tolong. Tak perlu persoal kenapa orang lain tak nak tolong. Apa benda blockout ni pulak? Mazhab apa ni?
Aqasha turut persoal adakah tindakan memboikot sebegini merupakan cara Rasulullah dan jika ia disukai oleh Allah SWT.
Agak agak Tuhan suka dah perangai kita gini? Tolong orang Palestin tapi hambur jiran sendiri. Agak-agak ini modus operandi Rasulullah ke?
Netizen galakkan boikot saja
Dalam pada itu, respon Aqasha tentang tindakan memboikot ini meraih perhatian netizen yang menggalakkan orang ramai untuk ‘block’ mana-mana selebriti yang sebegini.
Kita tak perlu maki mereka. Kita block je, dah biarkan mereka. Mereka tengah kepanasan. Selama ini diam. Nak kena block baru berbunyi.