Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Tak Payah Paksa Orang Tua-Tua Ambil Vaksin..” Rita Rudaini Dituduh Anti-Vaksin Oleh Netizen

Rita Rudaini

Sekali lagi mencuri perhatian, pelakon Rita Rudaini menerusi laman Twitter nampaknya dikecam hebat oleh netizen gara-gara pernyataannya yang seolah-olah membawa fahaman anti-vaksin di saat rakyat Malaysia sedang berusaha untuk mencapai imuniti kelompok menerusi program vaksinasi melawan wabak COVID-19.

Ini berikutan beberapa status yang dimuat naik Rita di laman Instagram Storynya di mana dia mendakwa umat Islam kini sudah menjadi ‘berpuak-puak’ iaitu golongan yang bersetuju untuk divaksin dan anti-vaksin.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Kata Rita lagi, setiap manusia mempunyai hak untuk menolak vaksin dan baginya, seseorang yang tidak mahu disuntik bukanlah bermakna dia seorang anti-vaksin.

Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Selain itu, pelakon filem Anak Mami Junior ini tampil menyoal keperluan untuk menyuruh warga emas dalam kalangan ibu-bapa untuk divaksinasi kerana beranggapan mereka ini selalu ditinggalkan jika anak-anak bercuti ke luar negara.

Advertisement

Tambahnya lagi,  ‘memaksa’ ibu-bapa yang uzur ke pusat vaksinasi adalah perbuatan yang berisiko tinggi.

Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Pernyataan itu sekali gus menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada warga maya yang beranggapan Rita tidak boleh mempersoalkan hak orang lain untuk mengambil vaksin serta tidak perlu menguar-uarkan kepada orang ramai untuk menolaknya.

Namun, Rita tampil memberi respon balas setelah beberapa ketika ianya menjadi tular di media sosial dengan mengatakan bahawa terdapat ubat penawar lain yang lebih berkesan untuk merawat wabak tersebut.

Twitter Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Twitter  
Rita Rudaini Anti VaksinSumber : Instagram Rita Rudaini  

Apa-apapun, bagi yang telah mendaftar dan juga telah mendapat tarikh untuk divaksin, penuhi temu janji anda dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. cacica

    July 17, 2021 at 1:42 pm

    bila otak tak cerdik macam tu la.. ko ingat kenape gov mintak org tua amik vaksin?? mereka golongan berisiko paling tinggi.. Kalau ko xnk mak bapak or atuk ko amik vaksin terpulanglh.. Jgn sampai Allah nk bg ko covid pastu g jmp mak bapak atuk ko dieorang kena lebih teruk dari ko.. Lagi 1 gov nak wujudkan imuniti berkelompok.. Kalau yg muda mcm ko dh tolak nak amik vaksin situ je dh kurang imuniti brkelompok.. Guna akai ko bila bt story.. Aku suka kalau mak ayah atuk aku amik vaksin sbb bila aku blk kampung aku tak risau kt dieorg and sekurang kurangnya impak bl kna covid adalah kurang..

  2. Mad

    July 15, 2021 at 11:11 pm

    Ouh vaksin ni masih under trial ye? Rupanya tak ada kelulusan lg. Ingat kan dah lulus. Hm

  3. Dah vaksin

    July 15, 2021 at 1:03 pm

    hangpa xnak cucuk diam2 je la. pastu boleh plk sound otak mana?? kt netizen yg daftar kan vaksin utk org tua. Bila org kondem melenting jgk. kate bukan anti vaksin. tp kondem usaha org lain utk vaksinkan org tua mereka. bukan nk holiday sgt pun. Kami nk berjumpa dgn keluarga!

  4. tecit

    July 13, 2021 at 1:02 pm

    vaksin is not only about HOLIDAY. you, holiday oriented person!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top