Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri. Malah, Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak-anak membenci bapa kandung mereka walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang tercetus.
Terbaru, Rita Rudaini menarik perhatian pengikut apabila memuat naik ucapan penuh syahdu sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak sulung, Airit Rayyan Rizqin. Bersama ucapan tersebut, Rita Rudaini memuat naik video kenangan memaparkan Rayyan sewaktu kecil sehinggalah meningkat usia.
View this post on Instagram
Cinta pertama kami… Permata pertama kami… Syurga kami… Sampai bila-bila.. Doa mommy, semoga AIRIT RAYYAN RIZQIN menjadi anak yang baik akhlaknya, bertanggungjawab, anak yang soleh yang selalu mendoakan mommy dan daddy di setiap sujudmu…
Selamat Hari Lahir AIRIT RAYYAN RIZQIN
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan memuji kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu. Mereka turut mendoakan agar anak sulung pelakon ini menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada dua ibu bapanya kelak.
Ada segelintir berkongsi rasa sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapa walaupun tempohnya tidak lama. Apa-apa pun, Happy birthday Rayyan!
tecit
July 14, 2021 at 10:17 am
klu zaman dlu2 boleh la bapak hilang dari radar sebb dlu2 fb xde no tipon susah nk jmpe. skang ni senang. nak tanye kabar kt media sosial pon sng dah. bukan cam dlu2 hilang tiada khabar berita.
L
July 9, 2021 at 12:45 pm
perempuan adalah antara org paling cepat move on walau sayang dan cinta mcm mana sekali pun. bila sampai masa dia akan move on. baguslah dia didik anak dia tak benci bapa. buat apa nak benci darah daging sendiri kan. sekurang2 dia dah jlnkan tanggungjawab dia utk tak sekat kasih anak – bapa. dosa kita menghalang kasih sayang anak dgn ibu/ayah. sedekahlah bagi makan kat kawan2 ke apa ke, berusrah bagai. kalau tanggungjawab yg satu ni tak boleh buat… hmm sendiri pikirlah
Junaidi Syarif
July 8, 2021 at 7:54 pm
GOOD
sajat susu sejat
July 8, 2021 at 3:52 pm
bkn rita x move on, dah nama Aidil tu bapa anak dia, x kan rita upload gmbr laki atau bapa korang??? aaagitewwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Ery
July 8, 2021 at 3:22 pm
Ini yg dituntut dalam Islam…
Terbaikkkk….tak semua org boleh buat…isteri boleh benci bekas suami tapi anak tak boleh sebab tak ada istilah bekas anak….