Aktres popular, Nabila Huda menerusi temu bual memaklumkan bahawa dia jenis orang yang tidak suka memutuskan silaturrahim atau persahabatan.
Ketika itu, Nabila Huda atau Abil ditanya oleh penyampai radio Haiza Hanafi tentang jenis rakan yang perlu seseorang tinggalkan.
Tambah pelakon filem Rahsia itu, dia percaya sesuatu perhubungan akan bersatu semula pada masa akan datang meskipun sudah berjauhan atau ‘bergolak’.
Janganlah kita ini putuskan silaturahim yang ada, tapi kalau misal kata keadaan tak mengizinkan tu kita tak payahlah kata putus. Dia akan pergi dengan sendirinya.
View this post on Instagram
Abil juga percaya perhubungan yang terputus sementara pasti akan berjumpa suatu hari kelak dan ia akan menjadi cerita yang boleh disampaikan pada ketika itu.
Sementara itu, Abil juga berkata dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa dalam industri seni terutamanya selebriti yang lain.