“Tak Kira Dia Nak Ke Taknak, Dia Kena Jadi Suami Aku” – Nabila Huda Akui Mengorat Dulu, Suami Tak Suka Selebriti

Hiburan

“Tak Kira Dia Nak Ke Taknak, Dia Kena Jadi Suami Aku” – Nabila Huda Akui Mengorat Dulu, Suami Tak Suka Selebriti

Baru-baru ini seorang pelakon terkemuka Nabila Huda telah berkongsi satu kenyataan yang mengejutkan ramai bahawa dirinya dan suami bercinta selepas mendirikan rumah tangga.

Katanya semasa temubual di sebuah program radio, suaminya, Mohd Izwan Johar tidak minat dengannya kerana gaya hidup selebriti yang Nabila ada.

Advertisement

Tapi saya cuba je nak berkawan dengan dia, nak tengok cara dia kenal anak saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Tambahnya lagi, hati Nabila semakin tertarik apabila melihat Izwan melayan baik anak perempuannya, Keisha yang jarang boleh rapat dengan orang baru pada ketika itu.

Pelakon filem Rahsia tidak malu mengakui dia dengan rela menunggu selama dua tahun untuk Izwan sedia berkahwin.

Tak kira dia nak ke taknak, dia kena jadi suami saya. Saya sanggup tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Saya jawab ya, saya gila.

Selepas sah berkahwin, Nabila dan suaminya mula melalui fasa percintaan yang selalunya dirasai sebelum mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nabila huda nad zainal
8 months ago

"Dia Dah Tak Ada Dalam Kepala Otak Saya, Saya Tak Pernah Ada Sahabat Macam Tu" - Nabila Huda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...