Isu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi aktor Namron yang seakan menyindir Sharnaaz. Menurut Namron, Sharnaaz tidak harusnya melenting dengan sikap Faiz Roslan, mungkin sahaja selebriti media sosial itu terpengaruh dengan watak lelaki lembut ataupun ‘sotong’ lakonan Sharnaaz suatu masa dahulu.
Kerana watak itu, remaja lelaki sanggup untuk berpakaian seperti wanita semata-mata untuk menghasilkan video parodi. Namron berpendapat Sharnaaz sepatutnya merasa bangga kerana lakonannya itu berjaya mempengaruhi serta memikat hati penonton.
Biasalah, isu tengah panas pasti akan ada banyak pihak memberikan komen serta pendapat masing-masing. Faiz Roslan pun sudah tampil memohon maaf, malah Sharnaaz juga sudah tidak memuat naik sebarang status mengenai perkara itu lagi. Harapnya apa yang berlaku dijadikan pengajaran buat semua. Fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu video ataupun gambar agar tidak mengundang sebarang salah faham ataupun fitnah.