Memuat naik video parodi Lagi Syantik mempamerkan aksi yang agak lucah pada bulan suci Ramadhan dengan menyertakan hashtag #NerakaIsBack, Instafamous Faiz Roslan menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia.
Isu itu turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang meluahkan rasa bengangnya dengan tindakan Faiz. Terkenal sebagai seorang yang “berani mati” dan lantang bersuara, netizen bagaimanapun menganggap teguran Sharnaaz kepada Faiz agak keterlaluan kasarnya.
Sebagai seorang selebriti yang berpengaruh, Sharnaaz seharusnya tidak mempromosikan kekasaran dan boleh sahaja memberi amaran kepada Faiz dengan cara yang lebih berhemah.
Namun, Sharnaaz nampaknya tidak terkesan dengan kecaman yang diterima dan mempertahankan tindakannya itu. Mengakui dirinya bukanlah seorang manusia yang sempurna ataupun arif dalam bab agama, Sharnaaz memberitahu apa yang beliau lakukan itu kerana tidak tahan melihat perangai anak muda sekarang yang melakukan perkara tidak senonoh pada bulan Ramadhan yang mulia.
Pada pendapat kami, teguran Sharnaaz itu ada betulnya apatah lagi perbuatan Faiz itu sebenarnya turut menjatuhkan martabat wanita apabila beraksi agak “gedik” pada bulan Ramadhan. Cumanya, ramai yang terkesan dengan cara penyampaian Sharnaaz, itu sahaja. Apa pula pendapat anda?
Anonymous
May 24, 2018 at 5:29 pm
Shanaaz ni komen melebih2.. macam la dia ni bagus sangat.. kalau ko jantan sekali pun tapi perangai macam biawak.. tiada beza juga sama si LGBT…
a
May 23, 2018 at 10:20 pm
yes, faiz n golongan lgbt salah. tp on the other side, shanaz is such a bully. both parties can juz go away.
mami tanjung
May 22, 2018 at 11:26 am
mamak kejut belakang mai depan kecut teloq piiirrraaahhhhh,kejut ponen berani la LOL