Baru-baru ini, tular di media sosial dan diperkatakan oleh warganet tentang adanya cuti kelepasan am untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022.
Walau bagaimanapun, ekoran berita yang sedang tular di media sosial itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri memaklumkan bahawa berita tersebut sama sekali tidak benar.
JPM merujuk pada tangkap layar yang cukup viral di aplikasi Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)’.
Dalam pada masa yang sama, JPM menerusi akaun Facebook rasminya menegaskan agar orang ramai tidak sesuka hati menyebarkan berita palsu dan sebarang maklumat yang tidak pasti sama ada betul ataupun tidak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.