Kes Harian Melonjak, Gelombang Omicron Sudah Bermula – Menteri Kesihatan

Berita

Kes Harian Melonjak, Gelombang Omicron Sudah Bermula – Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa gelombang varian Omicron sudah bermula dan jumlah kes akan makin meningkat dari hari ke hari.

Namun begitu, ujar Khairy, gelombang jangkitan virus itu masih terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi.

Advertisement

Jelasnya lagi, sistem kesihatan kini sudah bersedia bagi menghadapi gelombang tersebut di mana kes serius juga semakin kurang di samping rakyat perlulah sentiasa mematuhi SOP iaitu memakai pelitup muka, TRIIS (uji, lapor, asing, maklum dan cari), selain mengambil suntikan vaksin penggalak dan mendaftar anak-anak dengan program vaksinasi kanak-kanak.

Perkara tersebut diuar-uarkan Khairy menerusi satu ciapan di Twitter miliknya yang memberi respon kepada twit Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah mengenai jumlah terkini kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari tadi.

Hari ini (26 Januari 2022) kes positif harian COVID-19 dilihat telah melonjak naik kepada 4,744 menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 2,844,969 kes.

Pengembara dijangkiti covid019 tak perlu kuarantin
2 years ago

Tak Perlu Kuarantin Wajib Buat Pengembara Yang Pernah Dijangkiti COVID-19 - Khairy Jamaluddin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...